dah jadi mahasiswa hahaha

Assalamualaikum,

Yep yep dah lama nampaknya aku biarkan blog ni hahaha.

Alhamdulillah, lepas SPM haritu aku antara insan yang diberi peluang untuk further degree without ambik foundation/matrik/STPM/diploma. Bukan sebab result aku kebabom ke apa tapi sebab rezeki. And sekarang aku study BSc. (Hons) Architecture dekat UiTM Seri Iskandar. Daaaan kalau nak tahu UiTM ni satu satu nya yang offer degree kat lepasan SPM dan ke atas tau which is siapa taknak sebab dah dapat shortcut terus masuk degree tanpa get through stage yang sepatutnya dulu. Tapi kos architecture jelah. So, incase ada yang terbaca dan ada yang minat nak ambik archi ni memang recommend sangat korang apply terus letak first option k kat UPU. Tapi nasihat aku, toksah lah ambik archi hahahaha. Sebab kan ni shortcut dan ramai nak kan so memang limited dan sengit. Jadi, sebelum tu memang akan ada interview and one thing lah kena mindset 'ada rezeki insyaAllah, tak cuba tak tahu'. Tempat memang limited nak nak kos ni yang compete among SPM/STPM/foundation/matrik/diploma leavers. So, ingat ada rezeki insyaAllah.

Aku pun dulu tak expect pun akan dapat sebab masa interview aku so-so je. Drawing test aku pun beshe beshe je dengan shadow casting kelaut dengan incident pensel pemadam jatuh nya lagi. Ramai je drawing lagi power. Masa oral interview lagilah, speaking pun sama kelaut hahaha. Tapi tulah tu semua rezeki Allah nak bagi kan.

Sekarang alhamdulillah sem 1 dah berjaya ditempuh dengan suka duka lara nya hahaha. Dan aku ada lagi 7 sem nak tempuh.

Dia punya expectation dengan reality memang jauh bebeno. Sebelum masuk ni memang aku ada buat research macam mana life budak archi ni kan. Dan aku boleh cakap jugak one of my reasons kenapa beria sangat nak masuk archi sejak form 3 ni sebab aku suka something yang berkaitan dengan art. Aku memang suka seni sejak aku kecik pun. Tapi bila dah tempuh sendiri memang totally luar expectation. Teruk nak oi life kitorang ni hahaha. Memang kunci dia engko kena tough physical mental ni. Duit engko spent untuk satu sem tu mak aih keluar macam ayor (read:air). Nak nak freshman year kan baru sem 1 lagilah nak beli semua tools and equipment. Nak makan sedap lagi haih. Tools studio based memang mahal. Tambah pulak yang jenis macam aku suka buat kerja kat bilik ni (sebab malas nak gerak pi studio) kena beli drawing board dan t square yang berasingan dengan yang guna kat studio. Tapi kat studio dah dapat drafing table sorang satu, t square jelah mak aih mahai satu RM60++ tak silap.

Sem 1 ni banyak belajar basic ofcourse dan boleh kata memang tak masuk lagi kaitan dengan archi. Kitorang belajar semua basic design dan drafting. Setakat sem 1 ni aku memang makan hati sikit dengan drafting ni hahaha. Tapi sem 1 ni pun aku dah merengek stress lah tension lah and jujur lah aku dah pernah terfikit untuk quit lah pindah lah. Tapi mujur rakan rakan seperjuangan masih support and bagi semangat untuk aku teruskan. Yelah satu hal lagi aku fikir dah beribu aku habiskan takkan nak giveup tambah tambah bila ingat ummi abah kan penat hantar aku habis duit semua ni.

Tak tidur untuk jangka masa lebih 24 jam tu perkara biasa, tak mandi (haaa) , tak cukup makan. Kadangtu aku rasa badan aku ni tak kenal dah mana siang mana malam. Nak nak masa process siapkan project lagilah serba salah nak belanja duit untuk makan ni. Yelah, project lagi penting kot dari diri sendiri hahaha. Tambah pulak untuk archi student UiTM ni bukan belajar design je, ada lagi subject lain yang kena belajar. Tapi itu nama dia cabaran kan, lumrah orang menuntut ilmu ni. Takde benda yang senang kan.

Aku pun antara student yang langsung tak gempak, boleh kata untuk sem 1 ni aku rasa noob betul design aku hahaha. Tapi taknaklah giveup kan. "Dont be a quitter". Haa camtu. Architecture ajar aku tentang teamwork. Serious engko hebat mana creative mana pun kalau teamwork zero, tak kemana pun. Archi sangat required teamwork among studiomates esp. Yang kat drama melayu tengok architect kerja sensorang tu berdo'oh je tu. Architect cant work alone. Environment archi kat sini aku suka dan pujilah sebab kitorang punya hubungan senior-junior alhamdulillah sangat. Senior sini baik gila sudi bagi tunjuk ajar tegur salah silap. Yang paling respek even diorang busy (obviously makin naik sem makin busy gila) diorang sanggup kot crit junior punya kerja bagi idea tunjuk ajar semua. Thumbs up Archisa:)

Bak kata Ar. Adrianta,  dah grad nanti pointer power pun tapi takde teamwork memang goodbye lah (dia tak cakap camni pun tapi aku paham macam nilah).

So far ini jelah yang aku boleh cerita tentang pengalaman aku sendiri semenjak jadi mahasiswa ni hahaha. Ikut macam nak taip panjang lagi kan hahaha tapi aku sendiri pun dah bosan gamaknya. Doakan aku kuat dan tabah.



p/s: 17/2 result keluar hahahahaha nvs



No comments:

Post a Comment